Ikan bakar menjadi kegemaran suami dan anak2 saya. Saya suka ikan bakar kosong atau dilumur garam kunyit sahaja. Suami dan anak2 pula suka ikan bakar dengan sos ikan bakar. Selalu saya beli sos siap pek daripada kawan baik saya yang selalu membelinya di Muar, Johor. Saya lupa jenama sos ikan bakar tu sebab dah lama tak beli sejak dah boleh buat sendiri dan suami serta anak2 suka makan ikan bakar dengan sos yang saya hasilkan sendiri.
Saya pernah bakar ikan dengan resepi sama yang telah ditumis terlebih dahulu dan pernah dengan sos segar tanpa tumis. Pada saya, yang tidak bertumis lebih enak dan beraroma. Lagi pula ia lebih sihat. In shaa Allah.
Bahan-bahan ikan bakar terlajak sedap:
1 ekor siakap atau jenahak disiang dibersihkan, dilumur garam dan jus lemon atau limau nipis...
(kulit lemon atau limau nipis usah dibuang, masukkan ke dalam perut ikan)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering direndam air panas*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
3 biji buah keras*
Garam gula perasa
Daun limau purut atau daun kesum (optional)
Penyediaan:
Kisar semua bahan bertanda *
Letakkan ikan di dalam aluminium foil yang dialas daun pisang
Lumurkan bahan kisar ke seluruh luar dan perut ikan
Anda boleh tambah sama ada daun kesum atau daun limau purut yang dimayang untuk aroma lebih enak
Bungkus ikan dengan aluminium foil
Perap satu jam
Panaskan oven 175 C
Bakar ikan di dalam oven hingga masak anggaran 30 mint ke 45 min
Boleh juga dibakar menggunakan kuali ajaib
No comments:
Post a Comment