Sunday, November 8, 2015

Coretan dari bumi Terengganu

Alhamdulillah...

Dapat menjejak kaki ke bumi kelahiran, menghadap Laut Cina Selatan, menghirup udara segar nan nyaman, sungguh tenang terasa. Walau orang tua dah lama tiada, tapi bumi ini akan saya jejaki saban tahun. Mengenang zaman kecil dan zaman menimba ilmu sebelum berpergian dan bermastautin di negeri orang.

Keterujaan berada di Terengganu adalah dapat menikmati kepelbagaian makanan tradisi kami. Singgah di restoran kesukaan saya (Restoran Norazila) bersama famili amat membahagiakan. Alhmdlh, tiba agak awal...dlm pukul 5 gitu, masih sangat banyak menu baru dihidang...dan saya seboleh-boleh ambil semua serba satu untuk kami...hohoho...

Kalau bukan restoran Norazila, saya akan ke gerai makan yang menghidang juadah sama di tengah2 bandar KT bersebelahan Stesen Bas KT...lupa pulak nama gerai makan tu...


 Pulut kelapa...makan bersama ikan masin goreng...fuhhh...sedap giler...Saya pernah masak ni utk hidangan sarapan keluarga, waktu tu anak2 masih kecil, dan malangnya anak2 tak suka. Tapi, kali ni, saya ambil dua kepal pulut nih, anak2 berebut pula...huhu...sudahnya hampir 6 ketul kami makan ramai2. Sekepal rm 1.00...alhmdlh...


Laksam...menyelerakan sekali. Alhamdulillah. Puas hati dapat menunaikan hajat dan kerinduan pada menu ini. Aroma dan rasanya masih sama dengan apa yang pernah saya nikmati waktu kecil dahulu.


 Mihun sup perut special. Satu mangkuk rm5.00...puas hati dan anak2 suka. Kalau kat atas Pasar Payang, lebih banyak gerai yang menyediakan menu sup nih...semua sedap belaka.


Menu sup perut dijual di restoran Norazila, terletak di simpang empat Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung. Hahaha...dah promote restoran la pulak...


Puteri dua sebilik aka tepung bungkus. Ini saya beli kat Pasar Payang. Itu pun hanya berbaki 3 sahaja. Saya rembat semua.  Waktu nih dah petang, gerai kuih Ibrahim pun dah tutup dah...huhu


 Apam berkuah...saya main ambik aje. Harga pun lupa nak tanya. Bayar aje bersama pulut panggang.



Dan...jamu mata di Pasar Payang, gerai2 jualan barang2 makanan made in Terengganu...termasuk barang2 tembaga.

Hummmm...hujan batu di negeri sendiri...

No comments:

Post a Comment